|
There goes my langsir raya Uwaaaaaaa... Hancur hatiku, mengenang dikau [read: langsir raya], menjadi keping-keping [read:debu-abu], setelah kau pergi.. read here KEDAI langsir di Taman Setia Indah, Johor Bahru musnah dalam kebakaran semalam. Tukang jahit rugi lebih RM100,000 JOHOR BAHRU: Seorang tukang jahit kerugian lebih RM100,000 apabila sebahagian tempahan langsir milik pelanggan untuk persiapan Aidilfitri dan kedai jahitnya musnah dalam kebakaran di Taman Setia Indah, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, tukang jahit bersama suami dan tiga anaknya berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran yang dipercayai berpunca dari bahagian hadapan rumah kedai berkenaan. Rahayu Mokhtar, 35, berkata ketika kejadian, beliau dan tiga anaknya sedang tidur di bilik belakang rumah kedai itu apabila api dipercayai berpunca daripada percikan kotak suis utama di depan premis itu, mula merebak. Katanya, mereka bernasib baik kerana kejadian itu disedari suaminya, Ismail Abdul Halim, 35, yang terdengar percikan api dari depan kedai ketika hendak masuk ke bilik tidur. "Ketika itu suami saya baru hendak masuk ke bilik tidur selepas memasak nasi untuk sahur, sebelum terdengar bunyi percikan api dari bahagian depan kedai dan kemudian ternampak kepulan asap tebal. "Suami saya kemudian bergegas ke bilik tidur dan mengejutkan saya supaya membawa tiga anak kami keluar kerana rumah sedang terbakar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Rahayu berkata, suaminya kemudian berlari ke depan kedai untuk mematikan suis utama kerana bimbang api merebak ke bahagian lain termasuk kedai sebelah. "Kami cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api, tetapi gagal. Tidak lama kemudian sebuah jentera bomba tiba untuk memadam kebakaran," katanya. Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, berkata pihaknya berjaya mengawal kebakaran itu dalam tempoh kira-kira dua minit selepas menerima panggilan pada jam 2.13 pagi. Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan. sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Wilayah/20080913234326/Article/ Darling meowwww, kena cari langsir ready-made ASAP oke! |
|
||
![]() |
|||
|
current | archives
| profile
| links | rings | cast
| reviews | quizzes email | guestbook | notes | host | image | design |
|||